BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

cara buat plet edible













SALAM BAHAGIA.Ramai yang menghantar emel bertanyakan "ini ke saja edible yang akak keluarkan?"Kami mengeluarkan apa saja edible memenuhi kehendak anda meskipun fotonya tidak termuat di sini. Kami akan memenuhi permintaan anda.Tutorial kali ini - bagaimana untuk membuat plet ucapan seperti di atas ini?
Senang saja. Yang besar bentuk bulatan atau empat segi untuk diletakkan di atas kek. Yang segi empat panjang ada tulisan itu untuk diletakkan di bahagian tepi kek atau dipasang di atas plet coklat. Di bawah ini langkah untuk buat plet coklat:
1. gunting edible dan terbalikkan.
2. cairkan coklat ( sama ada cooking coklat - tak kiralah semi sweet atau dark choc atau white choclate)
3. Letakkan dua stik atau lidi satay. ukur ukuran lidi mengikut yang anda kehendaki.
4. Masukkan coklat ke dalam piping beg dan piping di atas edible yang dah diterbalikkan tadi. atau sudukan saja ke atas edible. Pastikan bahagian stik/lidi satay tertutup sepenuhnya. Biarkan ia set semula. Saya setkan pada suhu bilik kerana kalau setkan dalam chiller, saya bimbang lembapan yang terperangkap akan buat edible gelembungLepas tu kemaskan lebihan coklat yang terkeluar dari garisan edible jika ada. kalau buat menggunakan piping, selalunya tak ada lebihan.
Ha, dah kemaskan... waktu buat yang ini sepatutnya saya letakkan frem tapi terlupa. Jadi saya buatkan dot dot saja dengan buttercream. Lepas tu pacakkanlah di atas kek. Tengok gambar atas.

0 comments: